1 (2)
2 (2)
3 (2)
4 (2)

Ciri – Ciri Waqaf Korporat

Daripada perspektif Awqaf Holdings Berhad (“AWQAF”) terdapat lapan ciri-ciri asas Waqaf Korporat®. Konsep institusi “Waqaf Korporat®” dengan lapan ciri-ciri penentu telah telah didaftarkan sebagai harta intelek, yang mana hak-hak ini telah dilesenkan kepada AWQAF, bertujuan terutamanya mengelakkan Waqaf Korporat® daripada diciplak tanpa menepati ciri-ciri asas yang wajib ada padanya.

Lapan ciri-ciri utama adalah seperti berikut:-

  1. Waqaf Korporat mesti ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat (di Malaysia didaftarkan di bawah Akta Syarikat), sebaik-baiknya sebagai sebuah Syarikat yang dihadkan oleh jaminan seperti dalam kedua-dua kes WANCorp dan AWQAF. Melalui kaedah ini, Waqaf Korporat ditaklukkan kepada semua peruntukan undang-undang yang terpakai bagi sebuah syarikat. Memorandum dan Artikel (M&A) Syarikat adalah satu instrumen penting yang mesti diolah dan dirangka menepati matlamat penubuhan Waqaf Korprorat selain mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip Syariah berhubung wakaf dan mencerminkan objektif dan aspirasi tinggi dan mulia sesuatu wakaf.
  1. Syarikat yang dijadikan Waqaf Korporat, mesti juga secara rasmi diiktiraf sebagai mutawalli oleh suatu pihak berkuasa agama Islam (dalam kes WANCorp’s oleh Majlis Agama Islam Johor, dan AWQAF oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan). Pengiktirafan ini memberi kuasa kepada Syarikat Waqaf Korporat untuk menerima sumbangan wakaf awam, mengikut kaedah yang diperuntukkan di dalam M&A Syarikat dan selaras sepenuhnya dengan terma-terma dan syarat-syarat wakaf. Syarat-syarat ini boleh diperincikan sama ada dalam Surat perlantikan rasmi Majlis atau dimasukkan ke dalam Perjanjian rasmi yang boleh dimeterai antara Syarikat Waqaf Korporat dengan pihak berkuasa agama Islam terbabit.
  1. Sebagai sebuah Waqaf Korporat, Syarikat mesti diberi kuasa untuk menerima sumbangan orang awam, institusi, GLC atau kerajaan dalam bentuk wang tunai, saham, bisnes, aset fizikal termasuk harta tanah dan bangunan-bangunan atau aset tak ketara seperti harta intelek (IP). Aset-aset fizikal seperti tanah dan harta tidak semestinya didaftarkan sebagai harta wakaf oleh Syarikat Waqaf Korporat.
  1. Sebagai sebuah Waqaf Korporat, Syarikat mestilah pada setiap masa mendukung dan mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dan mengamalkan amalan korporat, menjalankan usahaniaga menggunakan kaedah amalan bisnes terbaik. Kunci kejayaan Waqaf Korporat terletak pada keupayaannya menggembleng bakat keusahawanan atau entrepreneurshipterbaik untuk mengembangkan dan melangsungkan bisnes, menjana dan mempercambah peluang bisnes baru terutamanya untuk melahirkan usahawan-usahawan dari golongan warga berkeupayaan tinggi tetapi tidak mendapat akses kepada modal atau dokongan rangkaian korporat.
  1. Berbeza dengan wakaf konvensional yang ditubuhkan pada umumnya untuk tujuan kebajikan semata-mata, Waqaf Korporat hanya boleh mencapai matlamat jangka panjangnya memperkasa ekonomi bangsa dan umat dengan memberi keutamaan lebih tinggi kepada usaha menghimpun dan melipatgandakan nilai jangka panjang aset dan harta korporat miliknya. Oleh itu, kedua-dua WANCorp dan AWQAF komited memperuntukkan 75 peratus keuntungan/lebihan tahunan masing-masing untuk dilaburkan semula dan tidak lebih daripada 25 peratus diagihkan untuk kebajikan atau fi sabilillah.
  1. Ciri teras kepada sebuah Waqaf Korporat adalah status autonominya, kerana wakaf mengikut syariat bukan merupakan entiti yang dimiliki atau mesti dikawal oleh kerajaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia juga bukan satu entiti milik swasta tertentu mengikut amalan kapitalis konvensional. Untuk mengekalkan status autonomi, Syarikat Waqaf Korporat hendaklah sentiasa dipimpin oleh personaliti berdaya keusahawanan tinggi atau entrepreneurial dan diuruskan secara profesional, berdikari dari segi kewangan dan mesti berprestasi bisnes tinggi menjana nilai jangkapanjang dengan melaksanakan strategi korporat cemerlang berlandaskan urus tadbir korporat berpiawaian tertinggi.
  1. Satu lagi ciri penting Syarikat Waqaf Korporat ialah keterbukaannya dalam menggalakkan penglibatan awam. Kedua-dua piagam WANCorp dan AWQAF mengandungi peruntukan yang membolehkan mana-mana orang Islam, syarikat, organisasi atau institusi awam yang diterajui Muslim untuk menjadi ahli individu atau ahli korporat dengan membayar yuran keahlian yang diwakaf berdasarkan terma yang ditetapkan. Tujuannya ialah untuk meluaskan peranan Waqaf Korporat dan memasyarakatkannya, mengamalkan disiplin akauntabiliti awam dan ketelusan korporat, dengan memberi sepenuh hak kepada ahli untuk menghadiri Mesyuarat, menerima Laporan Tahunan dan penyata akaun yang telah diaudit secara profesional, mengambil bahagian dalam perbincangan dan akhirnya menjalankan kuasa mengundi, termasuk melantik atau memberhentikan Pengarah Syarikat Waqaf Korporat.
  1. Paling penting akhirnya, Syarikat Waqaf Korporat hendaklah pada setiap masa bertindak selaras dengan Syariah sepenuhnya, dan berjuang untuk merealisasikan matlamat Maqasid Al-Syariah, khususnya berhubung dengan harta kekayaan. Matlamat asas Syarikat Waqaf Korporat ialah menjana kekayaan menerusi kaedah bisnes dan korporat untuk memakmur dan menyejahterakan masyarakat untuk manfaat berpanjangan semua umat manusia dan seluruh ciptaan alam. Kedua-dua WANCorp dan AWQAF turut menyatakan hasrat menjayakan matlamat “Jihad Bisnes”. Jihad Bisnes adalah suatu ideal bertujuan menggembleng tenaga rohaniah Islam, menjadikannya sumber motivasi luar biasa untuk membakar semangat juang keusahawanan hebat menuju kejayaan.

Berita Terkini

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

May 18th, 2021|0 Comments

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

March 10th, 2021|0 Comments

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan

November 30th, 2020|0 Comments

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..

Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara

November 24th, 2020|0 Comments

 LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..

Wakaf Mampu Suntik Kemajuan Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

WAKAF MAMPU SUNTIK KEMAJUAN EKONOMI   KUALA LUMPUR: Wakaf boleh Baca Seterusnya..

Mengangkat Wakaf Sebagai Instrumen Penting Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

MENGANGKAT WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN PENTING EKONOMI   Oleh Dr Ridzwan Bakar Baca Seterusnya..

MAJLIS AKAD PENYERAHAN SAHAM IHS SUBANG BESTARI KEPADA AWQAF HOLDINGS BERHAD

November 11th, 2020|0 Comments

MAJLIS AKAD PENYERAHAN SAHAM IHS SUBANG BESTARI KEPADA AWQAF HOLDINGS Baca Seterusnya..

WAKAF ATASI CABARAN EKONOMI

August 6th, 2020|1 Comment

Wakaf Atasi Cabaran Ekonomi     Turki sebuah negara Islam Baca Seterusnya..

connexion-internet-icon

Pendaftaran Keahlian
Secara Atas Talian

Pendaftaran Keahlian
Secara Manual

Portal Pewakaf