Pengasas Awqaf

aviary_1480579396518

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

  • Merupakan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Pengerusi Lembaga Pengarah AWQAF Holdings Berhad

  • Beliau juga merupakan Ahli (Ketua Kluster – Seksyen Ekonomi) Majlis Perundingan Islam (MPI)

  • Beliau juga merupakan Pengasas dan bekas Pengerusi Waqaf An Nur Corporation Bhd, (WANCorp), yang ditubuhkan sebagai institusi Wakaf Korporat di Malaysia

  • Beliau juga merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982- Julai 2010)

  • Di bawah kepimpinan beliau, Kumpulan JCorp berjaya membina sebuah organisasi korporat terbesar Malaysia, yang melibatkan lebih daripada 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa Malaysia, satu di Bursa Saham London) dan mempunyai lebih daripada 65,000 pekerja.

  • Beliau pernah memenangi Anugerah Maal Hijrah yang disampaikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong Malaysia pada tahun 1428H / 2007 atas sumbangan beliau kepada pembangunan keusahawanan dan kedudukan ekonomi Ummah

  • Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1985

  • Kini, beliau menyandang kerusi Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tuan Hj. Mohammad Sahar Mat Din

  • Beliau merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AWQAF Holdings Bhd.

  • Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejak November 2013 dan juga Presiden Alumni UniSZA sejak Julai 2013.

  • Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Selangor Bumiputera, Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) untuk sesi 2016-2018, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Amal Bestari dan Ahli Majlis Dakwah Negara – YADIM.

  • Beliau merupakan graduan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kini dikenali sebagai UniSZA di dalam bidang Pengajian Islam (Dakwah) dan kemudiannya melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Honolulu.

YBM Tengku Sri Maharaja Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ibni YAM Tengku Mek Haji Ismail

  • Beliau pernah menjadi Peguam Persekutuan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Kuala Lumpur dan Peguam Persekutuan Kanan Penasihat Undang-undang Negeri Kelatan.

  • Beliau merupakan seorang ahli politik Malaysia yang terkenal yang pernah memegang pelbagai jawatan kerajaan sepanjang karier beliau, antaranya pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan pada tahun 1970, menjadi Menteri Tugas Khas dalam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1973 di usia 41 tahun.

  • Beliau juga kemudiannya dilantik menjadi Menteri Penerangan dan Tugas Khas pada tahun 1974 dan seterusnya menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri pada tahun 1978 sehingga tahun 1981. Pada tahun 1981, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.

  • Beliau telah dianugerahkan anugerah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.), yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1976.

  • Selain itu, beliau juga pernah menyandang kerusi Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga 2004.

  • Beliau juga pernah menjadi pengerusi Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin pada tahun 2004.

  • Pada tahun 1999, di usia 67 tahun, beliau dipilih mengganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II), juga menjadi penasihat kepada KPMG-Peat Marwick, penasihat Undang-undang kepada Lee & Kee Securities dan turut menjadi Penasihat Kehormat kepada Old Frees Association (OFA) sehingga 2001.

Datuk Hussamuddin Yaacub

  • Beliau merupakan Editor Pengurusan Sinar Harian dan pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang juga penerbit majalah dan akhbar terbesar di Malaysia.

  • Beliau pernah menerbitkan sebuah buku ‘Kajian Sejarah Melayu’ pada tahun 1977, dari saat itu bermulanya sejarah gemilang Kumpulan Karangraf Sdn Bhd (Karangkraf). Sumbangan dan kerja keras Dato’ Hushamuddin Yaacob membangunkan Karangkraf Sdn.Bhd. memungkinkan lahirnya pelbagai golongan penulis dan sasterawan yang menyumbangkan tulisan-tulisannya dalam pelbagai akhbar, majalah ,buku, novel dan penerbitannya.

  • Beliau juga kemudiannya dilantik menjadi Menteri Penerangan dan Tugas Khas pada tahun 1974 dan seterusnya menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Luar Negeri pada tahun 1978 sehingga tahun 1981. Pada tahun 1981, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Industri.

  • Beliau juga menggerakkan penubuhan Yayasan Nur Karangkraf yang bertujuan memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan golongan tidak bernasib baik.

  • Beliau dan syarikatnya juga menubuhkan Dana Pendidikan Karangkraf yang bakal menaja 300 orang pelajar pada setiap sebagai bantuan meringankan kesulitan sepanjang pembelanjaran pelajar-pelajar ini.

Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir

  • Tan Sri berkhidmat sebagai Pengarah Urusan KPJ pada 1 Mac 1993 sehingga persaraan beliau pada 31 Disember 2012.

  • Dari 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2014, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Korporat KPJ.

  • Beliau adalah Pengerusi dan Pro-Canselor KPJ University College Healthcare (KPJUC) sejak 1 Ogos 2011 hingga kini.

  • Kerjayanya dengan Johor Corporation (JCorp) telah bermula pada tahun 1974 dan telah terlibat secara langsung di Bahagian Prisihatin JCorp sejak 1978.Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd (KPJSB), dari tahun 1989 hingga penyenaraian KPJ pada bulan November 1994.

  • Tan Sri kini beliau merupakan Pengarah Kulim (M) Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) dan CCM Duopharma Biotech BerhadBeliau berkhidmat dalam Lembaga Damansara REIT Managers Sdn Berhad – Pengurus Al-‘Aqar REIT Penjagaan Kesihatan dan Al-Salam REIT, dari tahun 2006 sehingga Mac 2016.

  • Tan Sri juga merupakan Pengarah KFC bentuk (Holdings) Bhd dan QSR Brands 2010 sehingga penswastaan mereka pada tahun 2013. Beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif bebas daripada bentuk Bursa Malaysia 2004-2012 dan ahli Lembaga Pengarah MATRADE 1999-2010.

  • Pada tahun 2010, Tan Sri telah dinamakan sebagai ‘Ketua Pegawai Eksekutif tahun 2009’ oleh New Straits Times Press dan American Express. Beliau juga telah menerima banyak anugerah dan penghargaan dari 2011 hingga 2015, kerana sumbangan beliau kepada industri penjagaan kesihatan di Malaysia.

  • Tan Sri adalah ahli Jawatankuasa Akademik Razak School of Government (RSOG), dan menganggotai beberapa Jawatankuasa University, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Reading Malaysia. Beliau dilantik sebagai Pengarah UUM pada Januari 2016. Terkini, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Jun 2016 hingga 31 Mei 2019.

Berita Terkini

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

May 18th, 2021|0 Comments

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

March 10th, 2021|0 Comments

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan

November 30th, 2020|0 Comments

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..

Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara

November 24th, 2020|0 Comments

 LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..

Wakaf Mampu Suntik Kemajuan Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

WAKAF MAMPU SUNTIK KEMAJUAN EKONOMI   KUALA LUMPUR: Wakaf boleh Baca Seterusnya..

Mengangkat Wakaf Sebagai Instrumen Penting Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

MENGANGKAT WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN PENTING EKONOMI   Oleh Dr Ridzwan Bakar Baca Seterusnya..

MAJLIS AKAD PENYERAHAN SAHAM IHS SUBANG BESTARI KEPADA AWQAF HOLDINGS BERHAD

November 11th, 2020|0 Comments

MAJLIS AKAD PENYERAHAN SAHAM IHS SUBANG BESTARI KEPADA AWQAF HOLDINGS Baca Seterusnya..

WAKAF ATASI CABARAN EKONOMI

August 6th, 2020|1 Comment

Wakaf Atasi Cabaran Ekonomi     Turki sebuah negara Islam Baca Seterusnya..

connexion-internet-icon

Pendaftaran Keahlian
Secara Atas Talian

Pendaftaran Keahlian
Secara Manual

Portal Pewakaf