Pengenalan

AWQAF telah memulakan pembangunan hartanah komersil secara Waqaf Korporat yang pertama dengan meletakkan asas membangunkan projek Persada Awqaf di Presint 3 Putrajaya sebagai projek dan pelaburan pertama AWQAF.

Projek Persada Awqaf akan dibangunkan di atas tanah yang kini masih lagi di bawah hak milik Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PJH). Walau bagaimanapun, pihak Awqaf Holdings Berhad telah membeli tanah tersebut dan Perjanjian Jual Beli telahpun dimeterai pada 26 Mac 2015 yang lalu di antara kedua-dua pihak, yang sekali gus menandakan komitmen AWQAF membangunkan projek pertamanya di Putrajaya. Projek tersebut dijangka akan membabitkan nilai kasar pembangunan (GDV) berjumlah RM370 juta.

Selanjutnya pelancaran projek Persada Awqaf serta jualan unit-unit lot kedai serta pejabat di dalam Blok A bagi fasa pertama ini juga telah sempurna dilaksanakan pada 13 Jun 2015 yang lalu. Acara telah diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya.

 

Maklumat-tanah

Pengenalan Tapak

Tapak cadangan pembangunan ini terletak di atas tanah dengan nombor hakmilik H.S. (D) 7982 Pt 12077 Presint 3, Putrajaya. Kawasan tapak ini yang berkeluasan 9,070 meter persegi terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Putrajaya bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikenali juga sebagai Masjid Besi.

001

 

Maklumat Perihal Tanah

Pemilik Berdaftar PUTRAJAYA HOLDINGS SDN BHD
No. Hakmilik H.S.(D) 7982
No. PT PT 12077
Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya
Daerah Putrajaya
Bandar Presint 3, Bandar Putrajaya
Keluasan Sementara 9070 meter persegi
Jenis Pegangan Kekal
Jenis Penggunaan Tanah Bangunan
Syarat-Syarat Nyata Perniagaan
Sekatan Kepentingan Tiada

002

Kedudukan tapak cadangan di Presint 3, Putrajaya

Lokasi

Persada AWQAF terletak di lokasi yang strategik di kawasan perniagaan yang berprestij dengan jaringan bisnes yang luas. Ia terletak di dalam “The Golden Triangle” Koridor Selatan yang amat mudah dihubungi dengan hubungan lebuhraya yang banyak seperti Lebuhraya Maju, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya LDP dan Lebuhraya Besraya.

003

Lokasi ini juga berada di kedudukan yang strategik berhampiran Cyberjaya dan KLIA. Disamping itu ia berada di dalam kawasan perdana berhampiran dengan pejabat Perdana Menteri, kementerian-kementerian, agensi dan jabatan kerajaan yang lain seperti berikut:-

  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Kewangan

  • Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

  • Kementerian Belia dan Sukan

  • Kementerian Pertanian

  • Perbadanan Putrajaya

  • Wisma Putra

005

Pembangunan di sekitar kawasan tapak cadangan.

Persada AWQAF merupakan pelengkap keperluan usahawan dan ahli bisnes dengan kemudahan yang serba lengkap seperti berikut:-

  1. Pusat Membeli Belah
    • Alamanda Putrajaya
    • I0I City Mall
    • AYER@8 Promenade
  1. Hotel
    • Hotel Putrajaya Shangri-La
    • Hotel Putrajaya Marriot
    • Hotel Everly Putrajaya
    • Cyberview Resort & Spa
    • 101 Palm Garden
  1. Hospital
    • Hospital Putrajaya
    • Hospital Kanser Putrajaya
    • Hospital Serdang
  1. Universiti / Institusi Pengajian Tinggi
    • Universiti Multimedia
    • Universiti Lim Kok Wing
    • Universiti Putra Malaysia
    • Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Universiti Tenaga Nasional
    • Kuala Lumpur Infrastructure University College

Kedudukan Kompleks Awqaf yang selari dengan Kiblat Walk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadikan kompleks ini sebagai pusat sehenti yang praktikal dan mudah diakses

006

007

Rekabentuk & Maklumat Cadangan Pembangunan

Projek Persada Awqaf dilengkapi dengan sebuah Kompleks Awqaf yang mengandungi kemudahan lengkap untuk keperluan bisnes dan komuniti seperti ruang kedai, ruang pejabat, dewan persidangan, bilik mesyuarat, ruang pameran, tempat penginapan, kafeteria dan kemudahan pusat sehenti. Rekabentuk pejabat korporat bersaiz sederhana yang amat sesuai dan memenuhi kemampuan dan keperluan usahawan PKS.

Menepati semangat Waqaf Korporat yang berfungsi untuk memperkasakan bisnes dan korporat, maka pembangunan Kompleks Awqaf akan menyediakan kemudahan para usahawan seperti berikut :-

  • Dewan Persidangan dan Bankuasi

  • Ruang Pameran

  • Bilik Mesyuarat
  • Ruang Pejabat dan Business Centre
  • Kafeteria

Sasaran Pembeli & Cadangan Harga Jualan

Pembangunan Persada Awqaf yang mengintegrasikan komponen pejabat korporat dan retail serta kemudahan yang terdapat di dalam Kompleks Awqaf yang diperlukan oleh usahawan. Seterusnya mampu menjadikan Persada Awqaf sebagai pusat perniagaan yang paling berprestij di Putrajaya. Justeru itu, pembangunan projek ini memberi peluang kepada usahawan dan ahli perniagaan mengembangkan lagi perusahaan mereka dengan mewujudkan pejabat perniagaan di lokasi yang berprestij. Persada Awqaf juga menawarkan unit-unit kedai dan pejabat yang mampu dimiliki oleh golongan usahawan IKS sehingga kepada usahawan berskala besar.

Maklumat golongan sasar ini diperolehi melalui database keahlian pertubuhan persatuan-persatuan perniagaan yang ada di Malaysia khususnya Dewan Perdagangan Islam Malaysia yang mempunyai rangkaian di seluruh negara. Selain itu, sasaran pembeli juga diperolehi daripada iklan dan promosi yang dijalankan di media bercetak dan juga media elektronik seperti Radio IKIM.fm

connexion-internet-icon

Pendaftaran Keahlian
Secara Atas Talian

Pendaftaran Keahlian
Secara Manual

Daftar Pembeli

Laporan Tahunan

Skim
Pemotongan Gaji