wk

 

Dalam buku terkininya bertajuk: “Islamic capitalisam and finance’, Profesor Murat Cizakca
menegaskan institusi wakaf berpotensi “memainkan peranan penting dalam proses
membina demokrasi negara Islam.
Ini kerana sejak berabad lamanya wakaf merupakan institusi masyarakat madani par
‘excellence’ dalam dunia Islam.” Justeru, beliau berpendapat institusi wakaf “sumber tenaga
demokrasi paling perkasa.”
Dengan demikian negara majoriti penduduk Islam seperti Malaysia wajib menggembleng
sepenuhnya potensi institusi wakaf, mengintegrasikannya langsung ke dalam proses
membina negara demokrasi dan membangun ekonomi atas kadar pertumbuhan pesat, adil
dan seimbang. Institusi wakaf, terutama Waqaf Korporat, satu-satunya institusi yang dapat
mengatasi paradoks besar kapitalisme.
Paradoks yang dimaksudkan ialah bagaimana memanfaatkan dinamisme kapitalis
menjana pertumbuhan ekonomi pacuan bisnes tanpa melebarkan jurang kaya-miskin, juga
tanpa membebankan kerajaan dengan hutang dan defisit bajet besar. Waqaf Korporat
boleh dibentuk oleh kerajaan, misalnya dengan mewakafkan GLC strategik seperti Felda,
Johor Corporation dan syarikat milik GLC amanah seumpamanya. Ia juga boleh dibina oleh
korporat swasta dan masyarakat amnya menerusi penubuhan Waqaf Korporat komuniti.
Profesor Murat berpendapat Waqaf Korporat menerusi kaedah wakaf saham
“berkemungkinan mendominasi masa depan sistem wakaf.”
Beliau berkesimpulan demikian setelah mengkaji dan meneliti pengalaman Waqaf Korporat
Turki membabitkan usaha wakaf korporat gergasi Turkey Vehbi Koc Foundation dan juga
menilai pencapaian Johor Corporation di Malaysia.

Profesor Murat menyifatkan pengalaman Waqaf Korporat Johor Corporation menerusi
penubuhan Waqaf An Nur Corporation Bhd satu “contoh cemerlang kaedah wakaf
saham moden”.
Beliau seterusnya menegaskan pengalaman Johor Corporation relevan “kerana ia bertujuan
mengintegrasikan sepenuhnya nilai Islam ke dalam amalan korporat. Dengan demikian ia
menjadi satu contoh cemerlang amalan kapitalisme Islamik moden (an excellent example of
modern Islamic capitalisam in action.”)
Kesimpulannya, tiba masanya Malaysia mengintegrasikan Waqaf Korporat sebagai institusi
barisan depan dalam usaha memperbaharui sistem ekonomi mengatasi paradoks
kapitalisme.
Menerusi Waqaf Korporat, kepesatan pertumbuhan berteraskan pacuan bisnes dikekalkan.
Lebih penting, sistem ekonomi dipacu Waqaf Korporat berupaya mengelak daripada
dirosakkan beban hutang dan defisit bajet kerajaan berlebihan.
Selain itu ia boleh membanteras wabak “Westoxication”, iaitu penyakit menjangkiti negara
Islam setelah menciplak kapitalis Barat mengakibatkan pelebaran jurang kaya-miskin dan
peminggiran serta kezaliman terhadap golongan majoriti bukan bisnes dalam masyarakat.

 

Penulisan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Lain-lain artikel

 

BICARA NARATIF : PERPADUAN EKONOMI

Bicara Naratif - Perpaduan Ekonomi (1 Oktober 2024) 👤Oleh: YBhg. Baca Seterusnya..

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..

Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara

 LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..