Savin-NY-Website-Background-Web (1)Slide thumbnailEduwaqf Logo2

Tabung EduWAQF telah dilancarkan oleh
Y.A.B Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 Jun 2018
bersempena Mesyuarat Agung Tahunan AWQAF Holdings Berhad kali ke-5.

Diadakan juga majlis penyerahan sijil keahlian
AWQAF kepada universiti-universiti yang telah
mendaftar dan mewakaf kepada AWQAF.

AL-HAMRA INTEGRATED SCHOOL

Dibawah program EduWaqf, AWQAF telah mengambil inisiatif untuk mengambil alih dan menyambung usaha membangunkan Sekolah Antarabangsa Integrasi Al-Hamra, Kota Damansara. Satu inisiatif pelaburan yang penting bagi AWQAF untuk bersama-sama memperkasakan institusi pendidikan yang menjadi denyut nadi dalam pembangunan generasi akan datang. AWQAF turut menerima pakai sistem  silibus IHES secara wakaf yang dibangunkan oleh pihak IHES Endowment Development Berhad, diketuai oleh Prof. Dr. Hasni Mohammed.

Untuk maklumat lebih lanjut

AGIHAN MANFAAT EduWAQF

Pihak EduWAQF dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengenalpasti beberapa pelajar yang benar-benar kurang berkeupayaan dari segi kewangan ini untuk diberikan bantuan. Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan kepada 5 orang pelajar termasuk 2 pelajar bukan Islam (1 berbangsa Cina dan 1 berbangsa India) telah dibantu.

BB

Pihak EduWAQF juga telah bekerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menjalankan beberapa program dan aktiviti pemerkasaan ilmu dan ketamadunan Islam. Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan kepada pihak UNIMAS bagi tujuan tersebut.

Pihak EduWAQF juga telah memberi sumbangan sebanyak RM3,000 sebagai sebahagian dari perlaksanaan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa IPT di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Februari 2020, Sepang

AWQAF Holdings Berhad telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM 1,900 kepada adik Sharifah Sofea binti Kamal Bahrin bagi melanjutkan pelajaran di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Bagan Lalang, Sepang.

Sumbangan disalurkan bagi meringankan tanggungan keluarga ini, kerana bapa kepada adik Sharifah kini lumpuh kedua-dua belah kaki dan hilang keupayaan.