WAKAF MAMPU SUNTIK KEMAJUAN EKONOMI

 

KUALA LUMPUR: Wakaf boleh memain peranan penting dalam usaha negara untuk membangunkan ekonomi yang lebih dinamik, progresif dan terangkum, dengan menangani sebahagian daripada cabaran utama yang dihadapi masyarakat seperti ketidaksaksamaan selain meningkatkan akses kepada pendidikan dan kesihatan berkualiti.

KUALA LUMPUR 20 SEPTEMBER 2017. Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

KUALA LUMPUR 20 SEPTEMBER 2017. Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Marzunisham Omar. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Marzunisham Omar, berkata ketidaksaksamaan antara generasi tidak boleh dibenarkan meluas dan diperbesar.

“Menerusi wakaf, sebagai jentera bagi mereka yang mempunyai kedudukan untuk secara sukarela memberikan kembali dan melabur semula dalam masyarakat, dapat membantu menggalakkan mobiliti sosial dan membendung kitaran ketidaksaksamaan itu.

“Sebagai satu mekanisme interpersonal untuk pelaburan sosial yang mampan, wakaf dapat menyumbang secara berkesan kepada masyarakat secara lebih adil,” katanya dalam ucaptama pada Forum “Wakaf: Perspektif Ekonomi” di sini, hari ini.

Dalam memanfaatkan potensi penuh wakaf sebagai platform untuk kewangan sosial Islam, Marzunisham mengemukakan tiga strategi yang boleh diteroka, termasuk meluaskan aset wakaf dan kegunaannya, selain membetulkan persepsi wakaf.

“Antara salah faham terbesar ialah penggunaannya. Wakaf adalah untuk memberi manfaat kepada semua. Walaupun wakaf secara tradisionanyal digunakan untuk membina masjid, tanah perkuburan atau sekolah tahfiz, tiada dalam Quran atau Hadith yang melarang penggunaan wakaf secara lebih luas bagi memenuhi keperluan masyarakat. Malah, tidak ada syarat bagi waqif atau penderma dan penerima wakaf mesti seorang Islam.

“Ada contoh dari peradaban Islam masa lalu bahawa penggunaan wakaf diperluas melepasi aspek yang secara langsung berkaitan dengan agama dan keperluan khusus umat Islam. Tanah dan bangunan wakaf digunakan untuk membina sekolah, hospital dan infrastruktur untuk memberi manfaat kepada kedua-dua umat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata terdapat kira-kira 300 kilometer persegi tanah wakaf di Malaysia sehingga kini, atau seluas pulau utama Langkawi, dengan sebahagian besar tanah masih belum dimajukan.

“Mengehadkan wakaf hanya meliputi tanah dan harta tak alih adalah satu lagi salah tanggapan. Dengan munculnya interpretasi kontemporari peraturan Fekah dan kewangan Islam, ada teknik baharu yang boleh menyuntik kehidupan baharu ke dalam wakaf.

“Salah satu konsep itu ialah wakaf tunai iaitu wakaf aset cair yang memberikan pulangan yang boleh digunakan untuk memenuhi objektif yang dimaksudkan dalam piagam wakaf,” katanya.

Untuk itu, Marzunisham mengalu-alukan inisiatif Dana Wakaf oleh Persatuan Bank-bank Islam di Malaysia (AIBIM) di mana enam bank Islam berkerjasama dengan 10 Majlis Agama Islam Negeri untuk menyediakan saluran bagi mengumpul dan mengurus wakaf tunai secara lebih teratur dan berstruktur.

-BERNAMA

Artikel ini disiarkan di  : BH online (9 April 2018)

Terkini

BICARA NARATIF : PERPADUAN EKONOMI

Bicara Naratif - Perpaduan Ekonomi (1 Oktober 2024) 👤Oleh: YBhg. Baca Seterusnya..

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..

Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara

 LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..