AGIHAN MANFAAT EduWAQF

Pihak EduWAQF dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengenalpasti beberapa pelajar yang benar-benar kurang berkeupayaan dari segi kewangan ini untuk diberikan bantuan. Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan kepada 5 orang pelajar termasuk 2 pelajar bukan Islam (1 berbangsa Cina dan 1 berbangsa India) telah dibantu.

Pihak EduWAQF juga telah bekerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menjalankan beberapa program dan aktiviti pemerkasaan ilmu dan ketamadunan Islam. Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan kepada pihak UNIMAS bagi tujuan tersebut.

Pihak EduWAQF juga telah memberi sumbangan sebanyak RM3,000 sebagai sebahagian dari perlaksanaan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa IPT di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Februari 2020, Sepang
AWQAF Holdings Berhad telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM 1,900 kepada adik Sharifah Sofea binti Kamal Bahrin bagi melanjutkan pelajaran di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Bagan Lalang, Sepang.
Sumbangan disalurkan bagi meringankan tanggungan keluarga ini, kerana bapa kepada adik Sharifah kini lumpuh kedua-dua belah kaki dan hilang keupayaan.