AHLI LEMBAGA PENGARAH

Ts

Tan Sri Siti Sa’diah binti Sheikh Bakir

Pengerusi

Tan Sri memulakan kerjayanya dengan Johor Corporation (JCorp) pada tahun 1974. Pada 1989, Tan Sri telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif, Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn. Bhd. sehingga kepada penyenaraian KPJ Healthcare Berhad di Bursa Malaysia pada tahun 1994. Tan Sri merupakan mantan Pengarah Urusan KPJ di mana tempoh perkhidmatan beliau adalah dari 1 Mac 1993 sehingga persaraannya pada 31 Disember 2012. Bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2014, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Korporat KPJ. Kemudian, beliau dilantik sebagai  Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, KPJ Healthcare Berhad (KPJ). Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pro Canselor KPJ Healthcare University College (KPJUC) dari 1 Ogos 2011 hingga 31 Disember 2018. Beliau telah dilantik sebagai Canselor KPJUC mulai 1 Januari 2019.

Pada tahun 2004 hingga 2012, Tan Sri merupakan ahli Lembaga Pengarah Bursa Malaysia Berhad. Selain KPJ Healthcare Berhad, syarikat tersenarai lain dalam Kumpulan Johor Corporation yang pernah mendapat khidmat Tan Sri adalah Damansara REIT Managers Sdn. Bhd. dari tahun 2006 hingga Mac 2016, KFC (Holdings) Bhd. dan QSR Brands dari tahun 2010 hingga 2013 dan Kulim (Malaysia) Berhad dari tahun 2005 hingga 2016 selain dari Chemical Company of Malaysia (CCM) dalam Kumpulan PNB dari 2014 hingga 2017 dan sebagai Pengerusi Nationwide Express Holdings Berhad dari November 2016 sehingga Disember 2019. Pada masa kini beliau adalah pengarah bebas OSK Holdings Berhad.

Tan Sri juga merupakan Pengerusi CCM Duopharma Biotech Berhad sebuah lagi syarikat kumpulan PNB. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Lotte Chemical Titan Holdings Berhad mulai 1 Februari 2019.  Beliau adalah Presiden Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), sejak tahun 1997 hingga 31 Disember 2018.

Selain menerajui syarikat korporat, Tan Sri juga telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Akademik beberapa institusi pengajian tinggi Negara. Pada 1 Jun 2016, Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM), sebuah universiti pengurusan terunggul di Malaysia sehingga 30 September 2018. Tan Sri Siti Sadiah telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai 1 November 2016.

Di atas kepimpinan dan sumbangan yang besar di dalam bidang korporat dan pendidikan, Tan Sri telah menerima penghargaan dari pelbagai pihak. Pada tahun 2010, Tan Sri menjadi wanita pertama dinobatkan sebagai “CEO of The Year 2009” oleh New Straits Times Press dan American Express.

Hj Sahar

Tuan Haji Mohammad Sahar bin Mat Din

Timbalan Pengerusi

Beliau merupakan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman perniagaan selama 25 tahun dan telah mengasaskan lebih daripada 30 buah syarikat dalam pelbagai bidang. Antara bidang perniagaan yang diterokai termasuklah pembangunan hartanah, pengurusan aset, pengeluaran makanan, pertanian, pengurusan acara, latihan, pelancongan dan pendidikan.

Beliau telah diamanahkan untuk menjawat beberapa jawatan penting di dalam badan kerajaan seperti Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin, Ahli Majlis Perundingan Islam JAKIM, Ahli Majlis Dakwah Negara, Profesor Adjung Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Perniagaan Perbadanan Putrajaya.

Beliau turut diberi kepercayaan menerajui beberapa badan bukan kerajaan seperti Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor, Presiden Persatuan Alumni UniSZA dan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mohammad Sahar juga merupakan pengasas Awqaf Holdings Berhad bersama Almarhum Tan Sri Muhammad Ali Haji Hashim yang merupakan sebuah Syarikat Waqaf Korporat yang ulung di negara ini. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Usahawan Belia Negeri Selangor pada tahun 1999.

 

 

Prof engku

Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah binti Engku Ali

Pakar Syariah merangkap Pengarah Bebas

Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) (Kepujian) kelas pertama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (LLB) (Syariah) kelas pertama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau turut memiliki Sarjana Undang-Undang Perbandingan (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, PhD dalam Undang-undang, University of Aberdeen, Scotland, United Kingdom, Masters Perbandingan Undang-undang (MCL) dari universiti yang sama. Beliau telah dianugerahkan PhD dalam undang-undang dari University of Aberdeen, United Kingdom.

Profesor di UIAM Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mengajar pasaran modal Islam, Urusniaga dalam Perbankan dan Kewangan Islam, Takaful dan Takaful Semula dan Isu Kontemporari dalam Kewangan Islam untuk pelajar pasca siswazah di IIiBF.

Terlibat dengan pelbagai pembentangan termasuk di dalam persidangan, seminar, bengkel dan di-rumah latihan mengenai Perbankan Islam, Kewangan dan Pasaran Modal.

Beliau adalah anggota Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (Bank Negara Malaysia), Malaysia Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Penasihat Syariah bebas bagi sekuriti (sukuk) Islam, yang diluluskan oleh dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Selain itu, Prof. Engku juga adalah Ahli Lembaga Shari`ah Labuan Re, Gen Re dan Amanah Ikhtiar Malaysia, penasihat Shari`ah untuk Danajamin (2009 – 2010), ahli Lembaga Pengarah di Institut Kefahaman Islam Malaysia dan juga merupakan ahli jawatankuasa disiplin Majlis Peguam Malaysia.

 

pn Azizah

Puan Azizah binti Abdul Rahman

Pengarah Bebas

Beliau merupakan Ahli Fellow Chartered Institute of Management Accountants UK (FCMA) dan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Agro Bank Berhad bermula 1 Julai 2016

Beliau merupakan bekas Pengarah Ternakan Bersepadu dan Pembuatan Makanan – QSR Brands Berhad dan KFC Holdings Berhad dari tahun 2006 sehingga tahun 2012 (sebelum penswastaan) sehingga beliau bersara pada 1 Ogos 2012.

Beliau pernah memegang jawatan Pengurus Besar Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan di Johor Corporation pada tahun 2000 sehingga 2005.

Selain itu, beliau yang mempunyai pengalaman luas merpnah menjawat kerusi Pengurus Besar Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Antara Steel Mills Sdn Bhd, yang merupakan sebuah anak syarikat di bawah Johor Corporation dari tahun 1981 sehingga tahun 2000 (sehingga Asset Pertukaran Latihan dengan Lion Group Berhad).

Beliau adalah bekas Pengarah Johor Land Berhad sepanjang tahun 2005 sehingga tahun 2006 (sebelum penswastaan).

Turut aktif dengan penglibatan tanggungjawab sosial, beliau adalah Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Hanan, rumah anak yatim di Pasir Gudang, Johor dari tahun 2002 -2012.

Selain itu, beliau menyandang jawatan Pengerusi dan Pengarah Syarikat di bawah Johor Corporation yang terlibat dalam perniagaan makanan segera, pembuatan pakanan dan pembungkusan, pembiakan penternakan dan pertanian, pembuatan keluli, penjagaan kesihatan, pembiakan udang dan perladangan kelapa sawit.

 

Datuk Ghaz

Datuk Dr. Ghazali bin Md Noor

Pengarah Bebas

Ahli majlis Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD).

Beliau juga merupakan pengerusi Protem Alumni IDB Malaysia dan Presiden bagi Alumni USC Malaysia.

Adjung Kanan, Tindakan Strategi Sdn Bhd.

Beliau turut aktif dalam hartanah di luar negara, terutamanya di Kemboja.

Selain itu, beliau turut menyandang Ahli Majlis “International Centre for Waqf Research” (ICWR), Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU) Majlis Dakwah Negara (MDN) – YADIM dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Akta Sains Negara, Akademi Sains Malaysia (ASM) pada tahun 2012.

Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pejabat Perancangan Strategik, Kumpulan IDB (2005 – 2009).

Selain itu, beliau turut menyandang jawatan Ketua Pejabat Program Biasiswa, IDB yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi (1996).

 

Puan Sri

Puan Sri Noorzilah binti Mohammed Ali

Pengarah Bebas

Bergiat aktif melakukan amal kebajikan Rumah Anak Yatim dan yang Kurang Bernasib Baik di Pasir Gudang. Dilantik sebagai pengerusi Darul Hanan sejak tahun 1993 hingga kini.

Merupakan Pengarah Eksekutif NASA Power Sdn Bhd.

Beliau turut dilantik sebagai Pengarah Business Jihad Sdn Bhd.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akal johor Bahru dari tahun 1983 hingga 1996.

Beliau juga merupakan Pengasas Sekolah Kanak-Kanak Istimewa dari tahun 1983 hingga 1996.

Selain itu, beliau yang mempunyai pengalaman luas pernah menjadi Ahli Jawatankuasa MAWAR Pusat dan di peringkat cawangan pula, beliau menjawat kerusi Pengerusi MAWAR Cawangan Pasir Gudang.

 

Rafeah Ariffin

Puan Rafeah binti Ariffin

Pengarah Bebas

Mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang Kewangan, Pemasaran dan Komunikasi Korporat di dalam pelbagai industri terutamanya sektor kesihatan.

Beliau telah dinobatkan dengan anugerah sebagai antara 100 Pemimpin Pemasaran Global Paling Berbakat oleh Kongres Pemasaran Dunia 2013.

Pada masa ini, beliau merupakan Pengarah Eksekutif di Medi Excell Sdn. Bhd., iaitu syarikat perundingan kesihatan yang menjalankan perniagaan di dalam dan luar Malaysia.