Jawatankuasa Audit

EXCO

edit-azizah-abdul-rahman

Puan Azizah Abdul Rahman (Pengarah Bebas)

  • Beliau merupakan Ahli Fellow Chartered Institute of Management Accountants UK (FCMA) dan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

  • Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Agro Bank Berhad bermula 1 Julai 2016.

  • Beliau merupakan bekas Pengarah Ternakan Bersepadu dan Pembuatan Makanan – QSR Brands Berhad dan KFC Holdings Berhad dari tahun 2006 sehingga tahun 2012 (sebelum penswastaan) sehingga beliau bersara pada 1 Ogos 2012.

  • Beliau pernah memegang jawatan Pengurus Besar Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan di Johor Corporation pada tahun 2000 sehingga 2005.

  • Selain itu, beliau yang mempunyai pengalaman luas merpnah menjawat kerusi Pengurus Besar Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Antara Steel Mills Sdn Bhd, yang merupakan sebuah anak syarikat di bawah Johor Corporation dari tahun 1981 sehingga tahun 2000 (sehingga Asset Pertukaran Latihan dengan Lion Group Berhad).

  • Beliau adalah bekas Pengarah Johor Land Berhad sepanjang tahun 2005 sehingga tahun 2006 (sebelum penswastaan).

  • Turut aktif dengan penglibatan tanggungjawab sosial, beliau adalah Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Hanan, rumah anak yatim di Pasir Gudang, Johor dari tahun 2002 -2012.

  • Selain itu, beliau menyandang jawatan Pengerusi dan Pengarah Syarikat di bawah Johor Corporation yang terlibat dalam perniagaan makanan segera, pembuatan pakanan dan pembungkusan, pembiakan penternakan dan pertanian, pembuatan keluli, penjagaan kesihatan, pembiakan udang dan perladangan kelapa sawit.

Encik Abdul Mohsein Mohd Shariff (Pengarah / Wakil DPIM)

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya yang diperolehinya pada tahun 1994 dan kini beliau merupakan Bendahari Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

  • Beliau juga memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal dari Kolej Melayu (MCKK), Kuala Kangsar, Perak.

  • Beliau berkemahiran dalam proses pembuatan dan operasi kilang melalui pengalaman sebagai jurutera penyelenggaraan dan peralatan pakar teknikal bagi beberapa syarikat pengeluar dan pembekal makanan terkemuka, Ayamas Food Corporation.

  • Beliau adalah seorang ahli yang aktif dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPIS) dengan pangkat Leftenan.

  • Beliau juga adalah rakan kongsi perniagaan untuk MARDI dalam projek bersama untuk menghasilkan bar granola jenama Malaysia di bawah skim Techofund Kerajaan Malaysia.

Edit-Datuk-Dr

Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor (Pengarah Bebas)

  • Ahli majlis Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) .

  • Beliau juga merupakan pengerusi Protem Alumni IDB Malaysia dan Presiden bagi Alumni USC Malaysia.

  • Adjung Kanan, Tindakan Strategi Sdn Bhd.

  • Beliau turut aktif dalam hartanah di luar negara, terutamanya di Kemboja.

  • Selain itu, beliau turut menyandang Ahli Majlis “International Centre for Waqf Research” (ICWR), Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU) Majlis Dakwah Negara (MDN) – YADIM dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Akta Sains Negara, Akademi Sains Malaysia (ASM) pada tahun 2012.

  • Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pejabat Perancangan Strategik, Kumpulan IDB (2005 – 2009).

  • Selain itu, beliau turut menyandang jawatan Ketua Pejabat Program Biasiswa, IDB yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi (1996).

Jawatankuasa Pencalonan

Jawatankuasa Imbuhan

Berita Terkini

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

May 18th, 2021|0 Comments

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

March 10th, 2021|0 Comments

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan

November 30th, 2020|0 Comments

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..

Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara

November 24th, 2020|0 Comments

 LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..

Wakaf Mampu Suntik Kemajuan Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

WAKAF MAMPU SUNTIK KEMAJUAN EKONOMI   KUALA LUMPUR: Wakaf boleh Baca Seterusnya..

Mengangkat Wakaf Sebagai Instrumen Penting Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

MENGANGKAT WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN PENTING EKONOMI   Oleh Dr Ridzwan Bakar Baca Seterusnya..

connexion-internet-icon

Pendaftaran Keahlian
Secara Atas Talian

Pendaftaran Keahlian
Secara Manual

Daftar Pembeli

Laporan Tahunan

Skim
Pemotongan Gaji