1 (2)
2 (2)
3 (2)
4 (2)

WAQAF KORPORAT

Satu inovasi yang mengintegrasikan institusi wakaf Islam secara langsung ke dalam sistem pembangunan ekonomi negara yang hari ini dilihat dipacu terutamanya oleh organisasi bisnes dan korporat swasta.

Matlamat jangka panjangnya ialah menyeimbangkan sistem ekonomi yang didominasi oleh korporat milik swasta, bertujuan memberi peluang kepada majoriti rakyat jelata mendapat akses dan manfaat yang saksama daripada perkembangan sektor bisnes dan korporat negara.

Waqaf Korporat® bertujuan khas untuk mengatasi kelemahan organisasi dengan memperkasakan ekonomi ummah menggunakan institusi wakaf warisan Islam. Ditubuhkan sebagai sebuah wakaf, Waqaf Korporat® boleh bertindak sebagai sebuah institusi berasaskan komuniti atau community -driven yang menggerakkan sumber-sumber komuniti untuk menjadi peneraju utama menjayakan bisnes mapan milik komuniti.

Antara faktor-faktor kritikal yang menjadi pra-syarat kepada kejayaan Waqaf Korporat® adalah penubuhannya sebagai organisasi bermatlamatkan bisnes sepenuhnya. Struktur korporat dan sistem pengurusannya, seperti yang diamalkan oleh AWQAF, wajib mengguna-pakai amalan tadbir urus korporat terbaik, selain menentukan ia diterajui oleh eksekutif berdaya keusahawanan entrepreneur pada setiap masa.

Organisasi Waqaf Korporat® mesti beridentiti korporat dan berkuasa autonomi sepenuhnya, menjana keupayaan ekonominya sendiri, tertakluk kepada peruntukan kuasa dalam Memorandum dan Artikelnya (“M&A”) dan syarat-syarat kelulusan Mutawallinya. Waqaf Korporat® adalah institusi unik yang sangat berbeza dengan yayasan atau badan amanah yang ditubuhkan oleh syarikat- syarikat milik swasta. Perbezaan paling asas ialah hakikat bahawa Waqaf Korporat® bukan dimiliki oleh mana-mana entiti swasta atau golongan eksklusif korporat tertentu.

MEMORANDUM AWQAF

Memorandum AWQAF mengasaskannya sebagai sebuah syarikat, iaitu organisasi korporat bersumberkan dana wakaf sumbangan masyarakat, bertujuan untuk dilaburkan ke dalam bisnes yang menguntungkan, supaya semua keuntungan dan pertambahan nilai dijadikan aset wakaf milik kekal AWQAF.

Menerusi himpunan aset dan harta wakaf yang diusahakan supaya bertambah nilai jangka panjang, Insya Allah, AWQAF akan dapat membina keupayaan tinggi bisnes dan korporat merapatkan jurang pendapatan dan agihan harta memperkasa ekonomi umat Islam Malaysia. Selain itu, sebahagian pendapatan AWQAF akan diperuntukkan khas untuk membiayai program fi sabilillah, terutama untuk kebajikan umat Islam dan semua warga Malaysia amnya

Matlamat AWQAF ialah mengguna kaedah bisnes memperkasa golongan lemah ekonomi dan memangkin generasi depan umat Islam khasnya mendapat akses kepada peluang bisnes dan korporat supaya tidak berpanjangan dipinggirkan golongan korporat swasta eksklusif bermodal besar seperti berlaku di bawah anjuran sistem kapitalis liberal yang diamalkan di peringkat global selama ini.

AWQAF HOLDINGS BERHAD MENDAMPINGI MASYARAKAT AWAM DAN KORPORAT DALAM MENGGERAKKAN KEMPEN KEAHLIAN

” WAKAF UNTUK BISNES, BISNES UNTUK WAKAF “

Di peringkat awal penubuhannya, memandangkan ia belum mempunyai aset dan asas modal besar, AWQAF menggunakan kaedah menggalakkan umat Islam “Melabur sambil berwakaf”.

Di bawah strategi ini umat Islam amnya dan ahli bisnes khasnya ditawarkan peluang menjadi Ahli AWQAF dengan mewakafkan Yuran Ahli, juga diberi peluang istimewa melabur dalam Projek AWQAF selain digalakkan mewakafkan wang tunai atau aset tambahan bertujuan memangkinkan AWQAF segera menghimpun aset, harta dan sumber bernilai tinggi.

AWQAF membuka peluang kepada semua umat Islam untuk melabur dengan membeli unit pejabat atau ruang komersil dalam Fasa 1 Projek PERSADA AWQAF di Putrajaya yang sedang AWQAF bangunkan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan. Projek PERSADA AWQAF mengandungi ruang pejabat dan komersil ditawarkan untuk jualan kepada ahli AWQAF dan orang awam selepas pelancaran rasmi pada 13 Jun 2015.

Khas kepada ahli bisnes Muslim, pelaburan dalam Fasa 1, PERSADA AWQAF memberi peluang istimewa memiliki aset di Pusat Bisnes Putrajaya (CBD) yang berpotensi bertambah nilai masa depan. Dalam kata lain, ia peluang terbaik bagi ahli bisnes sederhana dan menengah memiliki harta dan aset berkualiti untuk menambah profail aset masing-masing membina keupayaan bisnes untuk maju ke hadapan.

Dengan cara ini juga AWQAF yakin dapat menambah bilangan umat Islam memiliki harta menepati Maqasid Syariah mengenai harta kekayaan, juga menambah bilangan masa depan umat yang mampu berterusan berwakaf untuk manfaat berpanjangan semua.

Berita Terkini

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

May 18th, 2021|0 Comments

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

March 10th, 2021|0 Comments

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan

November 30th, 2020|0 Comments

LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..

Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara

November 24th, 2020|0 Comments

 LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..

Wakaf Mampu Suntik Kemajuan Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

WAKAF MAMPU SUNTIK KEMAJUAN EKONOMI   KUALA LUMPUR: Wakaf boleh Baca Seterusnya..

Mengangkat Wakaf Sebagai Instrumen Penting Ekonomi

November 18th, 2020|0 Comments

MENGANGKAT WAKAF SEBAGAI INSTRUMEN PENTING EKONOMI   Oleh Dr Ridzwan Bakar Baca Seterusnya..

connexion-internet-icon

Pendaftaran Keahlian
Secara Atas Talian

Pendaftaran Keahlian
Secara Manual

Daftar Pembeli

Laporan Tahunan

Skim
Pemotongan Gaji