WAKAF KORPORAT AGENDA EKONOMI MALAYSIA BARU

54523938_2583201218375011_6792942965665824768_nJeddah, Rabu 20 Mac 2019 – “Malaysia sebagai sebuah negara Islam, perlu merancang dan memperbaharui sistem ekonomi mengikut piawaiannya tersendiri untuk mencapai status negara maju. Usaha dan tindakan Malaysia terhadap agenda Islam global telah menunjukkan bahawa negara Malaysia diiktiraf sebagai hab Kewangan Islam dan Perbankan Islam Antarabangsa,” ucap Hj Mohamad Sahar bin Mat Din selaku Timbalan Pengerusi AWQAF Holdings Berhad.

Beliau telah membentangkan sebuah kertas kerja yang bertajuk Reformasi Ekonomi Malaysia – Pelaksanaan Agenda Waqaf Korporat Melalui AWQAF Holdings Berhad.

Di dalam pembentangan yang disampaikan dalam Bahasa Arab ini, beliau turut menekankan “Kapitalisma Liberal kini dianggap sebagai punca utama kebanyakan masalah global seperti pembaziran sumber, rasuah, jurang ekonomi yang melebar, kerosakkan kohesi sosial dan ancaman kestabilan politik sesebuah negara.

Kekayaan dan kekuasaan melampau di tangan yang digelar “1 peratus” di bahagian atas piramid ekonomi, hanya menambahkan api kemarahan komuniti global yang terus membara. Tidak ada negara di dunia boleh mengambil ringan fenomena yang berlaku di waktu ini.”

Beliau turut menambah, “Walau bagaimanapun, terdapat satu instrumen baru yang sangat berpotensi untuk mengubah sistem ekonomi dunia, yang juga sedang diteliti oleh dunia Islam iaitu inisiatif Wakaf Korporat.

Sejarah telah membuktikan bahawa institusi wakaf boleh bertindak sebagai sumber pembiayaan dan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Islam semasa pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Melalui instrumen wakaf, keperluan asas dan infrastruktur masyarakat dapat dikembangkan.”

Forum “Saudi and Malaysian Experiences Forum in Waqf Management & Investment” yang dianjurkan oleh International Institute of Islamic Waqf & King Abdul Aziz University Endowment (WAQF) ini turut dihadiri perwakilan daripada negara-negara Arab yang berpotensi untuk berkolaborasi dengan AWQAF dalam menjadikan wakaf sebagai sektor ekonomi ketiga di dunia.

————————————————

BERWAKAF KINI LEBIH MUDAH:
http://awqaf.com.my/epay

Hubungi kami : 03-5566 8544

Terkini

WAKAF ATASI CABARAN EKONOMI

Wakaf Atasi Cabaran Ekonomi     Turki sebuah negara Islam Baca Seterusnya..

Tajdid Siri 1 #1

Siri 1 Tajdid Wakaf (Episod 1): Wakaf Instrumen Strategi Penghidupan Baca Seterusnya..

Peranan Waqaf Korporat

Peranan Waqaf Korporat     Dalam buku terkininya bertajuk: “Islamic Baca Seterusnya..

Islamic Economy Vs Capitalism

Islamic Economy VS Capitalism   *Capitalism practised in developing countries Baca Seterusnya..

Bekalan kita ke akhirat

Bekalan kita ke akhirat Fadly Samsudin DUNIA hanya tempat persinggahan Baca Seterusnya..