WAQAF KORPORAT REFORMASI EKONOMI MALAYSIA

Di antara objektif perlaksanaan forum ini adalah bagi meluaskan lagi sesi perkongsian pengalaman dalam pengurusan dan pelaburan wakaf, malah menyumbang kepada pembangunan sumber manusia khusus dalam pengurusan wakaf.
Selain itu, forum ini juga bertujuan untuk menyediakan solusi yang praktikal dan saintifik bagi menghadapi cabaran perlaksanaan endowmen seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri wakaf di Arab Saudi.
Hj Mohamad Sahar bin Mat Din selaku Timbalan Pengerusi AWQAF Holdings Berhad, telah mewakili AWQAF untuk membentangkan sebuah kertas kerja yang bertajuk “Reformasi Ekonomi Malaysia – Pelaksanaan Agenda Waqaf Korporat Melalui AWQAF Holdings Berhad”.
Melalui forum ini, beliau berhasrat membina jaringan kerjasama dengan perwakilan daripada negara-negara Arab untuk berkolaborasi dengan AWQAF dalam menjadikan wakaf sebagai sektor ekonomi ketiga di dunia.
Wakil Malaysia yang turut menghadiri forum ini adalah Prof Dr Azlan Abdul Rahman (Timbalan Naib Canselor UTM,) dan Hj Ruslan Said (Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)). Majlis ini turut dihadiri Abdulrahman Obaid Al-Youbi selaku Presiden Universiti Raja Abd Aziz.
————————————————
BERWAKAF KINI LEBIH MUDAH:
https://awqaf.com.my/epay
Hubungi kami : 03-5566 8544
Terkini
BICARA NARATIF : PERPADUAN EKONOMI
Bicara Naratif - Perpaduan Ekonomi (1 Oktober 2024) 👤Oleh: YBhg. Baca Seterusnya..
Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara
Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara" bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..
Live Webinar Israk Mi’raj
Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..
LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan
LIVE Webinar Covid19 : Hikmah dan Kesiapsagaan ================================ Bersama panelis Baca Seterusnya..
Memperkasakan Wakaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara
LIVE Topik: Memperkasa Waqaf Sebagai Sektor Ketiga Ekonomi Negara oleh: Baca Seterusnya..





