Logo

MyWaqf adalah merupakan satu daripada resolusi bagi “Higher Education Forum 2018” yang diadakan pada 21 & 22 Februari 2018 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program MyWaqf ini telah dilancarkan dalam satu majlis pelancaran yang diadakan pada 20 Mac 2018 di Kementerian Pendidikan Tinggi yang dirasmikan oleh Menteri Pendidkan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Objektif program MyWaqf ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran serta mewujudkan perasaan cinta dalam melakukan amalan Wakaf. Datuk Seri Idris Jusoh berkata, melalui program MyWaqf ini, ia dapat memupuk budaya memberi yang secara tidak langsung dapat melahirkan rasa empati di hati rakyat yang melakukan amalan Wakaf.

Sebanyak RM1.5 juta dana Wakaf berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada warga Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti dan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi semasa majlis pelancaran diadakan.

Program MyWaqf ini akan diteruskan bagi mencapai matlamatnya dalam memperkasa ekonomi bangsa dan umat.