Logo AWQAF

AWQAF HOLDINGS BERHAD
(1015578-X)
(Syarikat ditubuhkan di Malaysia)

Tarikh:  1 September 2023

Kepada:

Ahli-ahli AWQAF Holdings Berhad;
Ahli Balatin
Ahli Zamrud
Ahli Zahab
Ahli Fiddhah
Ahli Hadid

Y.M Tengku/YBhg Tan Sri/Prof Dr/Dato’ Dr/Dato Seri/Dato’/Tuan Haji/Puan Hajjah/Tuan/ Puan,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-SEPULUH

Merujuk kepada perkara di atas.

Dengan segala hormatnya ingin dimaklumkan bahawa AWQAF HOLDINGS BERHAD (“AWQAF”) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-Sepuluh untuk meluluskan beberapa Resolusi Biasa seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 23 Septrember 2023 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Al-Hamra Integrated  School, Encorp Strand Garden Office Blok A, A-GF-2, No 12 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Sehubungan itu, AWQAF mengalu-alukan kehadiran kesemua ahli-ahli AWQAF ke Mesyuarat Agung Tahunan tersebut. Dokumen berkaitan mesyuarat seperti Notis Mesyuarat, Borang Proksi kepada Ahli boleh dimuat turun melalui pautan laman web yang dilampirkan.

Sekiranya anda tidak dapat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, anda dibenarkan untuk melantik proksi anda dengan menggunakan Borang Proksi seperti yang dilampirkan dan dihantar semula 48 jam sebelum mesyuarat berlangsung (selewat-lewatnya pada 21 September 2023).

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,

AWQAF Holdings Berhad

Lampiran:

(1) Notis Mesyuarat Agung Tahunan;
(2) Borang Proksi;
(3) Laporan Kewangan;

Tribute Perjuangan Waqaf Korporat Almarhum Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Terkini

Temubual IKIM.fm _ Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara

May 18th, 2021|0 Comments

Temubual IKIM.fm – "Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Negara"  bersama Timbalan Pengerusi Baca Seterusnya..

Live Webinar Israk Mi’raj

March 10th, 2021|0 Comments

Live Webinar: "Through Hardship There will be Ease: History and Baca Seterusnya..

LIVE Webinar Bicara Belanjawan 2021 : Pemerkasaan Wakaf Sebagai Sektor Ekonomi Ke-3

November 30th, 2020|0 Comments

LIVE Webinar Bicara Belanjawan 2021 : Pemerkasaan Wakaf Sebagai Sektor Baca Seterusnya..

Sabda Rasulullah S.A.W

” Sebaik – baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain “

(Hadis Riwayat Thabrani dan Daruquthni)

Sabda Rasulullah S.A.W

” Apabila seseorang meninggal, maka amalannya terputus kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak saleh yang mendoakannya “

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Surah Ali Imran – Ayat 92

” Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Swt. Maha Mengetahui “

Sabda Rasulullah S.A.W

” Peliharalah harta bendamu dengan cara mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakitmu dengan sedekah “

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Surah Al-Baqarah – Ayat 261

” Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui “

Hubungi Kami

AWQAF HOLDINGS BERHAD (1015578-X)

No. 18, Tingkat 1, Jalan Serambi U8/24,
Seksyen U8, D’bayu, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: +603-78326644
Email: [email protected]
Website: www.awqaf.com.my