WAQAF KORPORAT REFORMASI EKONOMI MALAYSIA

53918439_2583196771708789_765748903160053760_nJeddah, Rabu 20 Mac 2019 – AWQAF Holdings Berhad telah menerima jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri “Saudi and Malaysian Experiences Forum in Waqf Management & Investment” yang telah diadakan hari ini di Perpustakaan Awam Raja Fahd, Jeddah. Forum ini dianjurkan oleh International Institute of Islamic Waqf & King Abdul Aziz University Endowment (WAQF).

Di antara objektif perlaksanaan forum ini adalah bagi meluaskan lagi sesi perkongsian pengalaman dalam pengurusan dan pelaburan wakaf, malah menyumbang kepada pembangunan sumber manusia khusus dalam pengurusan wakaf.

Selain itu, forum ini juga bertujuan untuk menyediakan solusi yang praktikal dan saintifik bagi menghadapi cabaran perlaksanaan endowmen seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri wakaf di Arab Saudi.

Hj Mohamad Sahar bin Mat Din selaku Timbalan Pengerusi AWQAF Holdings Berhad, telah mewakili AWQAF untuk membentangkan sebuah kertas kerja yang bertajuk “Reformasi Ekonomi Malaysia – Pelaksanaan Agenda Waqaf Korporat Melalui AWQAF Holdings Berhad”.

Melalui forum ini, beliau berhasrat membina jaringan kerjasama dengan perwakilan daripada negara-negara Arab untuk berkolaborasi dengan AWQAF dalam menjadikan wakaf sebagai sektor ekonomi ketiga di dunia.

Wakil Malaysia yang turut menghadiri forum ini adalah Prof Dr Azlan Abdul Rahman (Timbalan Naib Canselor UTM,) dan Hj Ruslan Said (Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)). Majlis ini turut dihadiri Abdulrahman Obaid Al-Youbi selaku Presiden Universiti Raja Abd Aziz.

————————————————

BERWAKAF KINI LEBIH MUDAH:
http://awqaf.com.my/epay

Hubungi kami : 03-5566 8544

Terkini

WAKAF ATASI CABARAN EKONOMI

Wakaf Atasi Cabaran Ekonomi     Turki sebuah negara Islam Baca Seterusnya..

Tajdid Siri 1 #1

Siri 1 Tajdid Wakaf (Episod 1): Wakaf Instrumen Strategi Penghidupan Baca Seterusnya..

Peranan Waqaf Korporat

Peranan Waqaf Korporat     Dalam buku terkininya bertajuk: “Islamic Baca Seterusnya..

Islamic Economy Vs Capitalism

Islamic Economy VS Capitalism   *Capitalism practised in developing countries Baca Seterusnya..

Bekalan kita ke akhirat

Bekalan kita ke akhirat Fadly Samsudin DUNIA hanya tempat persinggahan Baca Seterusnya..